About
Dilahirkan pada Oktober 1975 di Kuantan, Pahang. Mendapat pendidikan awal dari ayahandanya Ustaz Haji Mahmud bin Mat Taib, yang juga merupakan tokoh maal Hijrah Negeri Pahang tahun 1997. Seterusnya bersekolah di SK Bukit Bota, Chenor, Pahang dan SMA Chenor, Pahang.
Mendapat Ijazah Sarjana Muda (Hons) dari University of Jordan, Amman, Jordan. (1993-1997). Memperoleh Diploma Pendidikan daripada Institut Pendidikan Islam Selangor, Bangi pada tahun 1998/1999. Pernah berkhidmat di SMK Taman Perumahan Bedaun di WP Labuan (2000-akhir 2003, di SMK Tun Ismail, Parit Raja, Johor ( Januari 2004-Jun 2009), Di SMK Mahmud, Raub, Pahang (Jun 2009-Jun 2010) dan sekarang berkhidmat di SMK Karak Setia, Karak, Pahang sebagai GC Pendidikan Islam.
Berkahwin dengan Norfadzilah binti Ishak yang kini bertugas di Kolej Komuniti Bentong sebagai Pensyarah di bidang IT. Dikurniakan dengan 2 orang anak yang comel dan periang, Ameerah Maisarah (2005) dan Ameer Muhammad (2008).
Berminat dengan pengurusan dan perancangan kewangan. Memberi nasihat secara sambilan berkaitan Pelaburan ( Pelaburan Dana Islam ) yang terbaik di Malaysia. Dengan niat memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya merancang kewangan secara Islamik. Di samping memberi pendidikan tentang penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat. Bertemu dengan supplement yang terbaik, InsyaAllah dengan niat menolong dan memberi alternatif kepada masyarakat yang mencari ikhitar untuk mencari penawar penyakit.
assalamualaikum..ustat anis…sya nk ucap trima kasih sbab ajar klas 4D n 5D tahun 2009-2010 walaupun stengah tahun je ustat ajar kitorang mase 2010…..semoga panjang umur n murah rezeki…InsyaAllah…assalamualaikum..
Alaikumsalam. Terima kasih. Aisyah sambung belajar di mana sekarang?
Aisyah kat uitm merbok, sg petani….bru je masuk bln 11 aritu..