Tag Archives: Aktiviti

Memaksa Diri Untuk Menulis?

22 Apr

Memaksa diri untuk menulis? Ya. setelah sekian lama blog ini di”jelma”kan oleh saya, hanya ada satu  dua posting yang sempat di tulis dan satu posting hanya mengambil artikel berkaitan bulan Syaaban. Bagi saya menulis adalah sangat susah jika tidak di dalam peperiksaan ataupun dalam urusan perbelanjaan. Dalam peperiksaan terpaksa menulis untuk mendapat markah, dalam urusan perbelanjaan kena tulis, untuk mengesan ke mana perginya wang yang diperolehi hasil pekerjaan, dibelanjakan, sehingga saya dapat mengurus dan merancang penggunaannya dengan lebih berkesan.

Menulis diari, pernah dilakukan, tetapi biasanya hanya sempat 10 ke 20 hari sahaja dalam setahun dan diarinya pun diperolehi percuma. Hari ini, terdetik di dalam hati untuk memaksa diri ini menulis kerana dengan menulis kita dapat mempertajamkan akal dan minda kita, dan saya tidak ingat di mana saya membaca maklumat tersebut.

Hari ini saya baru selesai menjalankan tugas sebagai pentaksir kawasan bagi PLBS daerah Batu Pahat bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Dilantik sebagai guru cemerlang PI, menyebabkan saya secara automatik dilihat dan terperasan  untuk menjalankan tugas ini.  Seronok menjalankan tugas ini kerana saya dapat melihat dan mengenali kawan-kawan yang sebelum ini tidak pernah mengenali saya, mungkin dengan sifat saya yang tidak peramah dan biasanya tiada “modal” untuk bersembang.

5 sekolah yang ditaksir, 5 macam kelebihan yang saya perolehi, dan pengalaman ini adalah sangat diperlukan sebagai seorang guru yang ingin meningkatkan potensi diri dengan mengambil yang terbaik. Alhamdulillah semua dapat menyediakan dokumen dan fail-fail seperti yang dihajatkan oleh LPM untuk PLBS ini. En. Razli Raais ( Ketua Pentaksir ), En, Mohd Abidin, En. Choo, Pn Masitah dan Teacher Mazwin adalah rakan pentaksir yang bergerak bersama saya ke SMK Banang Jaya, SMK Dato Syed Esa, SMK Tinggi, SMK Semerah dan SMK Dato Onn. InsyaAllah jika saya masih berada di Batu Pahat, bulan 6 kami akan bergerak sekali lagi untuk penyelarasan.Setakat ini dahulu buat masa ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.