10 SEBAB MENGAPA SAYA TERLIBAT DENGAN USANA

8 Dec

Sambungan…. sebab yang ke-3

3. Maintain Peribadi Bulanan yang RENDAH! Ada orang tanya : “Kena maintain jugak ke?” Saya tanya semula : “ Kalau awak nak berniaga kena ada barang tak?” So saya kata maintain ini perlu untuk membuat jualan, untuk memastikan ada barang yang hendak dijual ketika permintaan.. Kalau orang mintak barang, anda kata “kena order”, anda rasa orang sanggup ke hendak tunggu kalau dia memerlukan barang tersebut dengan cepat. Tentu anda akan terlepas. Orang berniaga kedai runcit pun kena sediakan stok, kalau tiada stok tentu orang akan pergi kedai lain.

Kalau ada pula yang berkata “saya tidak mahu menjual”. maknanya orang ini memang sesuai dengan sistem pyramid atau sistem cepat kaya. Di mana-mana pun orang yang berniaga tentu sekali dia perlu membuat jualan. Bisnes bermaksud membuat jualan, ya BISNES BERMAKSUD MEMBUAT JUALAN,  bukan goyang kaki atau letakkan iklan minta orang join group sertai kumpulan dan dapat duit. Itu namanya money game, head hunting, ada orang masuk bawah, kita dapat duit. Mengarut semua itu. USANA tidak begitu, USANA ini memang untuk orang yang betul-betul mahu berniaga tapi tidak cukup modal dengan modal yang rendah.

Saya faham ia mungkin sangat susah bagi sesetengah orang, tapi anda cuma perlu maintain serendah 100pts/200pts sebulan, dan ia tidaklah sesusah mana. Cuba anda andaikan macam ini. Andaikan dalam sebulan anda maintain 2 set essential dan dua set proflavanol, cukup-cukup 100pts.

1 set essential dan 1 set proflavanol anda dan isteri makan. 1 set lagi anda hadiahkan kepada kesihatan kedua orang tua anda, bukankah itu tanggungawab anda. Atau anda perkenalkan kepada sepupu, bapa saudara, boss atau paling senang, kawan rapat anda.

Anda nampak atau tidak, seolah-olah tiada jualan. Ya seolah-olah TIADA JUALAN DIPERLUKAN  kalau ia digunakan oleh anda dan kaum keluarga anda. Ataupun kena menjual 1 set dengan  hanya perkenalkan kepada kawan-kawan sepejabat, sepermainan, se’lepak’ anda satu set sebulan. Bulan depan orang lain, bulan satu lagi orang lain. Takkanlah dalam masa sebulan anda tidak boleh menceritakan manfaatnya kepada seorang sahaja dalam beratus-ratus kawan anda. Bayangkan kalau kawan anda membuat pesanan lagi pada bulan seterusnya setelah mengetahui kelebihan USANA kepada kesihatannya (saya berani kata InsyaAllah akan ada repeat sales), tentu saja anda sudah bisa menjual dua set dalam sebulan. MUDAH bukan?

Macammana dengan maintain kumpulan? Yang ini yang baiknya… dalam USANA kita tidak perlu bimbang dengan maintain kumpulan, kerana ia tidak diperlukan pun!. Jadi, maintain kumpulan tidak payah pening kepala, sebab ia tidak diperlukan.

4. Naik PANGKAT dan KEKAL. Di dalam USANA, sebaik anda telah berjaya memperolehi apa jua pangkat, anda akan terus kekal dalam pangkat tersebut tanpa mengira sesikit sebanyak mana point yang anda perolehi selepas itu. Pangkat atau dengan izin “rank” tidak akan turun. Contohnya kalau minggu ini saya naik jadi director dan untuk minggu depan poin jualan saya tiada. Ya tiada, “zero”, saya tetap maintain di kedudukan director. Bagus tidak begitu? Memang sangat bagus, untuk makluman maintain director pun 100 pts juga. Jadi kita tidak perlu panic untuk maintain poin sangat, tidak perlu memaksa orang untuk mengambil barangan bermutu USANA ini jika dia tidak suka, rugi sungguh dia. Dengan sistem ini anda sebenarnya, boleh tarik nafas, berehat seketika, esok bangun pagi rancang dan mulakan perkongsian dengan seorang lagi, dan lagi dan lagi untuk target seterusnya untuk naik pangkat.

DUP DAP DUP DAP

4 Dec

Johor – 25 September 2009. Akhir cuti bulan September, saya memenuhi hasrat emak yang mahu menyertai rombongan Pak Itam ke Pontian, Johor. Ahmad Faiz, anak kedua Pak Itam akan melangsungkan akad nikah pada malamnya.

Jam 10 berjanji berkumpul di simpang Bera. Kami bersarapan di restoran di tampat yang dijanjikan. Setelah semua sampai, maka rombongan pun bertolak menuju ke destinasi. Saya memutuskan untuk ke Batu Pahat terlebih dahulu untuk menziarahi kawan dan akan ke pontian pada sebelah malamnya. Pak Itam dan rombongan akan terus ke Pasir Gudang. Setibanya di Batu Pahat, singgah di rumah kak Fatimah, pengasuh Maisarah semasa di Parit Raja, dan tidak sempat ke mana-mana terus ke rumah Makcik Esah. Tengok-tengok semua berkumpul di sana. Sebelah Malam semua ke Ayer Baloi untuk menghadiri majlis akad nikah di sana. Usai majlis kami bermalam di Rumah kosong di Pasir Gudang. Pendek cerita, tengahari bergerak semula ke rumah pengantin untuk Majlis perkahwinan.

Sebelah petang semua bersetuju untuk bergerak bersama menuju pulang. Perancangannya singgah di Air Itam. Batu Pahat. Sekali-sekala ke Johor kalau tidak singgah di sini, seperti tidak ada pula ole-ole yang boleh di beli oleh emak-emak saudara yang ada ini. Yang tiada cuma Pak Anjang, Mak Anjang, Ayah chik dan Mak chik. Yang lain Mak De,Mak Andak, Pak Itam, Mak Itam, Pak Lang, Mak Lang, Chu semua ada. Di Air Itam. Ingatkan sekejap saja, dah menjangkau senja barulah siap semua membeli ban membelah lautan manusia. Maghrib dan Jamak Isyak di Masjid Yong Peng. Berjanji makan di Segamat. Sekitar jam 9.30 tiba di Segamat dan singgah di Restoran di simpang Segamat-Muadzam. Kami sekeluarga dan Mak tidak turun makan, kenyang, makan burger yang dibeli di Air itam tadi. Jadi, saya mengambil peluang merehatkan mata sebentar, yang lain semua tidak menjadi masalah, maklumlah kita pemandu, orang lain penumpang, bila-bila masa saja boleh berehat dan tidur.

“dug, dug, dug” tersentak mendengar bunyi kaca tingkap diketuk. “ Kami dah siap, jom jalan, kita berkumpul di Petronas di depan sana” Beritahu Farhana. “Ok”. Saya pun bangun, mengeliat sikit, gosok-gosok mata, baca doa dan nampak Fida’ sudah bersedia masuk ke kereta Persona “maroon’nya. Kereta lain, Pak Lang dengan Wajanya, Ajib dengan Iswaranya, Pak Itam dengan “ABU”nya sudah tidak terperasan oleh saya. “ Dah bergerak di sana agaknya”. Fikirku.

“Preennggggggggg!!!! Prreeeennnggggg!!! Prennng…. gggg” Debush!!!

Abiiii!!! Jerit isteriku.  Anis, anis, anis kenapanya ini??? Dengus emakku yang terpinga-pinga.


10 SEBAB MENGAPA SAYA TERLIBAT DENGAN UsAnA

30 Nov

Pertama sekali, saya menulis tentang topik ini kerana saya rasa sangat teruja dengan keberkesanan produk ini kepada diri dan keluarga saya dan kawan-kawan saya. Ada yang memberikan respons yang sangat positif dan ada yang tidak tahu hendak beritahu saya kesannya kerana terlalu berkesan atau tidak berkesannya USANA itu baginya. Tapi saya pasti mereka yang tidak terasa kesan itu kerana mereka memang tidak perasan tentang keberkesananya sebagaimana dia tidak perasan bagaimana penyakit yang ada pada mereka itu telah datang kepada mereka tanpa dikesan, sedar-sedar dah ada, sudah tahap berat dan mungkin sudah ditahap kritikal-Na’uzubillah.

Straight to the point(S). Baiklah. Terus kepada topik perbincangan. 10 sebab mengapa saya terlibat dengan USANA.

  1. Always always always because of the PRODUCTS. Mesti, mesti, mesti kerana produknya. Produk, produk produk.  Suplemen USANA berada pada ranking suplemen yang tertinggi di dunia pada ketika ini. Tahu tak kenapa  saya menekankan produk yang baik? Takkanlah saya atau anda mahu menceritakan produk yang tidak baik, bukankah kita sepatutnya berkongsi sesuatu yang baik dari segi kualiti dan berguna untuk orang ramai. Kita tidak sepatutnya menjual barang yang murah atau sangat murah yang kualiti produknya tidak baik. Di dalam USANA anda dapat menikmati produk KELAS DUNIA, WORLD pada harga yang mampu bayar. Bukankah ini sesuatu yang hebat? Disokong oleh artikel-artikel pihak ketiga, anugerah-anugerah dan cadangan para doktor, sungguh saya katakan produk Usana adalah antara produk kesihatan yang paling senang untuk dibeli oleh mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan dalam dunia ini.

2. Extremely low initial capital! Modal permulaan untuk memulakan bisnes yang sangat-sangat rendah!! Berapa? 100 ribu, 50 ribu, 10 ribu, seribu?? Tidak!! Cuma RM 99 SAHAJA. Saya berani mengatakan mereka yang minat bisnes, ramai yang berani menanggung risiko untuk memulakan bisnes dengan membuat pinjaman dengan bank.. Bisnes cacing, ikan keli, kulat, lada fertigasi dan macam-macam lagi. Malah ada yang berani meminjam untuk projek berjuta-juta , sedangkan hasilnya belum tentu dikecapi.( belum kira bab melabur yang cepat untung lagi)

Secara peribadi saya memang tabik kalau mereka ini berjaya dan saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana mereka memang seorang yang komited dan mempunyai usaha yang sungguh-sungguh. Tetapi kalau orang seperti saya ini, bekerja dan mencari pendapatan sampingan,  saya rasa saya tidak mampu untuk meminjam dan mencari untung dengan bisnes seperti ini kalau usahanya bukan alang-kepalang.

Anda bayangkan dengan RM 99 kita akan dapat starter kit, material USANA ( seperti majalah, paper, flyer dan lain-lain) sudah cukup untuk anda memulakan langkah pertama sebagai pengedar. Dan bagi diri saya RM 99 tu sudah pun terbayar dengan meghadiahkan produk kepada diri sendiri, isteri dan ibubapa dan saya dan mereka bahagia menggunakannya. Saya tahu ramai orang melayu “khususnya” berkata “ Oh, modal kecil… untung pun kecillah”. Atauupun “dah banyak syarikat saya masuk, produk macam ni tak jalan punya”. Tapi bagi saya ini semua pendapat yang sangat negative dan pendapat yang tidak disandarkan oleh ilmu dan pengetahuan tentang produk.

3. nanti sam bung lagi. Untuk setakat ini bagaimana? Beranikah saudara? Kalau berani kliklah disini.

UCAPKAN TAKZIAH atau apa yang anda boleh lakukan?

18 Nov

Pagi tadi berbual dengan rakan di kantin. “ Dengar cerita Dato’ P.. kena buat “bypass”. Katanya.

“ Datang pejabat muka nampak tak sihat, kawan dia bawak ke hospital, tup tup masalah jantung rupanya”.

“ Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya” itu sahaja yang mampu dilakukan oleh kita. Mendoakannya.

Begitulah biasanya dialog yang sering meniti dibibir manusia apabila bercerita tentang kesihatan sahabat-sahabat. Sudah lama tidak dengar khabar berita, tiba-tiba terdengar cerita si pulan sahabat kita itu sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan macam-macam lagi. Penyanyi nasyid tersohor, pemain bolasepak ternama, pengarah filem terkenal dan siapa-siapa sahaja tidak terkecuali daripada penyakit zaman moden ini. Apa puncanya penyakit-penyakit sebegini semakin menular di kalangan masyarakat sekarang ini? Kenapa tok nenek kita dahulu tiada sangat masalah-masalah penyakit degenaratif ini? Organisasi Kesihatan Sedunia ( WHO) telah memberi amaran bahawa kanser, penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain, telah membawa maut kepada lebih 24 jutaorang setahun, dan akan terus membawa kesengsaraan dan ketidakupayaan kepada manusia yang tidak terkira banyaknya di dunia ini. Penyakit yang menjadi musuh kesihatan dunia moden ini ialah penyakit jantung, kanser, strok, kencing manis, osteoporosis, arthritis, alzheimer dan obesity. Adakah sahabat menghidap di antara masalah kesihatan tersebut? Apa yang boleh anda tolong kalau saudara-saudara atau kawan-kawan anda menghidapnya?

Kalau ikutkan penyakit begini sama bahaya dengan penyakit bawaan virus ataupun kuman. Tapi kalau ikut WHO tadi penyakit begini sebenarnya yang paling merbahaya, Cuma kita saja yang kadang-kadang tidak ambil pusing. Sebabnya kita anggap penyakit ini diakibatkan oleh umur yang meningkat dan tidak boleh dielakkan. Tapi jangan tak tahu murid sekolah rendah pun ada yang kena kencing manis sekarang ini. Baru-baru ini seorang pelajar saya tingkatan 2, terbaring di kelas, tercungap-cungap. Kasihan mendengarnya. Apa sebabnya? Banyak sangat minum air kotak. Disahkan kencing manis. Jaga-jagalah dengan air manis berkarbonat, jangan diikutkan sangat kehendak nafsu itu.

Jadi, kesimpulannya, jagalah pemakanan anda semua sahabat-sahabat. Jangan makan ikut sedap aje. Ikutkan selera memang semua benda yang menyelerakan nak suap masuk mulut. Jaga kesihatan anda, elakkan pemakanan yang tidak sihat. –Untuk saya jugalah, nasi lemak memang sukar ditolak- Renungkanlah Sabda Nabi saw

Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu…

SMK MAHMUD, RAUB.

15 Nov

Setelah hampir 5 tahun merantau di Negeri Johor Darul Takzim, pada 16 Jun 2009 akhirnya harapan dan cita-cita bertukar ke negeri tanah tumpah darahku telah terlaksana. Syukur kepada Allah swt di atas kelulusan permohonan pertukaran ini dan terima kasih kepada Puan S dan Cik R kerana dengan senang hati menguruskan permohonan tersebut. Pada 18 Jun 2009 melapor di SMK Mahmud. Perjalanan mengambil masa 60km, lebih kurang 50 minit perjalanan. Agak meletihkan jika difikirkan. Alhamdulillah, pertemuan dengan Usana memberikan sedikit kekuatan dan tenaga untuk berulang-alik, dengan izin-Nya.

29072009265

Bertemu dengan PK HEM yang juga seorang ustaz. Ustaz Mohd Aris. Dibawa melawat sekitar sekolah. Harapan beliau saya dapat memberikan sumbangan kepada sekolah. InsyaAllah. Sekolah premier, lebih 100 tahun. Sejarahnya boleh dapatkan di sini.

11082009287

Up-Date, not up-dated.

25 Oct

Lama sudah tidak meng’up-date’ blog ini. Sejak saya berpindah ke Negeri sendiri ini, banyak perkara yang perlu diurus dan perlu di’update’ selain meng’update blog ini. Antara halangan yang paling dirasakan ialah MASA. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana perpindahan saya ke Negeri Pahang ini. Walaupun diletakkan di daerah RAUB, 50 minit perjalanan dari rumah sewa di KARAK ini, setidak-tidaknya setiap hari saya dapat bersama keluarga di sebelah petang dan malamnya.

Sepanjang sela masa ini banyak yang telah berlaku, pindah ke SMK Mahmud Raub, Abang Sulung kembali ke rahmatullah, Bapa Mertua juga telah pergi bertemu hadrat-Nya, C-RV di langgar mat rempit dan USANA. InsyaAllah selepas ini, setelah saya dapat menyesuaikan diri dengan MASA berada di tempat baru ini, paling tidak pun sebulan sekali blog ini akan di’up-date’.

Kuala Gandah

26 May

“ Bila Abi nak bawa kakak tengok gajah”

“ Adik pun kata nak tengok”

Sapa Maisarah pada hari Ahad sebelum saya pulang ke Parit Raja.

“ Cuba Tanya Umi” Jawab saya.

Maisarah berlari melihat uminya yang baru selesai solat.

“ Umi kata, pukul Sembilan”

“ Wah, cepatnya, ini kakak Tanya umi kea tau kakak buat-buat jawapan sendiri”

Begitulah jawapan Maisarah kalau dia memang benar-benar mahukan sesuatu, benda yang suruh disoal pada Umi, dia yang akan carikan jawapannya.

“ Sharifah kata jalan terus aje, kalau jalan itu masuk hutan, jangan takut, memang letaknya di dalam hutan” Beritahu isteri kepada saya yang memang selalu melalui jalan berhutan. Jarang sekali di dalam negeri Pahang ni yang tidak berhutan. Syurga balak la katakan. Hendak balik kampung kena lalu hutan, Hendak ke Karak dari Batu Pahat lalu hutan, hendak ke Kampung Awah lalu hutan Bera. Maka jalan berhutan, saya sudah biasa.

Lebih kurang 15km dari jalan besar, setelah melalui 2 ke 3 buah kampung akhirnya sampailah kami ke destinasi, Pusat Konservasi Gajah  Kebangsaan Jabatan  Perhilitan Kuala Gandah, Temerloh, Pahang.

“Maisarah seronok tak?”  Soal saya kepadanya yang kelihatan senyap teruja di kerusi belakang. “Seronok.” Jawabnya selamba.

Sebaik memasuki Pusat tersebut  semua pengunjung dikehendaki mendaftar .

“Encik sila isi borang, dan tampalkan sticker ini pada baju”. Tegas arahan pegawai bertugas di kaunter pendaftaran.

“Kalau tak tampal boleh tak?” Soal saya selamba.

“Kena tampal, supaya gajah nampak kalau tak nanti dia kejar.” Balasnya lagi selamba.

Seterusnya….

Let the pictures describes….

sekeluarga

Sebaik tiba di Pusat Konservasi

adik2

Muhammad laparlah Abi!

Kakak jaga papan ni aje lah

Kakak jaga papan ni aje lah

gajah7

Nama saya Bravo, saya suka kacang, hari-hari saya makan kacang

Disuruh jurulatihnya supaya berbaring

Disuruh jurulatihnya supaya berbaring

Bravo! Bravo memang pandai!

Bravo! Bravo memang pandai!

Maisarah! Moh pegang Bravo, tengok betapa kasarnya kulit dia

Maisarah! Moh pegang Bravo, tengok betapa kasarnya kulit dia

Ishh! Air liur!

Ishh! Air liur!

Jom serang gajah kecik ni!!

Jom serang gajah kecik ni!!

Jom kita balik sebelum Bravo mengamuk, minggu depan kita mandi dengan dia pulak.

Jom kita balik sebelum Bravo mengamuk, minggu depan kita mandi dengan dia pulak.

Bersediakah Kita?

21 May


Taktala bersendirian, terpana seketika memikirkan

Besarnya Kekuasaan Mu Ya Allah,

Dalam menciptakan kehidupan dan kematian.

Mampukah hambaMu ini mengharungi Hari AkhiratMu

Mampukah hambaMu ini menghadapi Hari Akhirku

Jauhkanlah diriku dari tipu daya dunia

Berikanlah daku kekuatan untuk terus berbakti

Kepada AgamaMu Ya Allah

Bila Waktu Telah Berakhir

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagai manakah bila semua
hilang dan mati meninggalkan diri mu
bagimanakah bila saat nya
waktu terhenti takkau sadari
masikah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
dunia….dipunuhi dengan hiasan
semua..dan sgala yang ada
akan kembali pada nya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tinggalah sepi…

Album : Istighfar
Munsyid : Opick

Parit Raja

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

20 May

“Terima Kasih Cikgu” Bergema laungan pelajar-pelajar di dalam Dewan Tun Ismail.

Hari ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan anjuran KEBIRU bersama PERTINA dan Badan Pengawas.

IMG_3125

Sambutan berjalan seperti tahun-tahun sebelumnya, Ucapan perutusan dari Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran dan Pengetua. Pelajar dan guru biasanya tidak dapat menumpukan perhatian kepada ucapan ini melainkan beberapa kerat sahaja, kerana tedapat segelintir mereka yang tidak cuba untuk menghormati majlis. Semua ini seolah-olah menjadi kebiasaan sekiranya majlis mengumpulkan semua pelajar sesi pagi dan petang.

Kebiasaan itu juga boleh jadi disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu seperti keadaan dewan yang tidak dapat menampung keseluruhan pelajar atau sistem bunyi yang tidak berkesan atau keadaan dewan yang “panas” atau sememangnya kedatangan mereka ke majlis ini untuk bersuka ria menyambut hari guru, maka ucapan tidak perlu, hiburan yang dititikberat.

Walaubagaimanapun dua kemungkinan boleh diketepikan iaitu sistem bunyi yang tidak berkesan. Ia diketepikan kerana sekolah baharu sahaja membeli alat system bunyi yang canggih yang menjangkau RM ribu-ribu. Yang kedua keadaan dewan yang panas adalah tidak berapa betul -kecuali kepada guru-guru kerana dikehendaki mengenakan kemeja dengan kot hitam –kerana cuaca agak mendung dan redup. Dan dua factor kebiasaan yang selebihnya perlu diambil kira sekiranya kita mahu melihat satu majlis yang tenang dan teratur dapat dilaksanakan.

“Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul” Ujar pengetua, Tuan Haji Tokijan kepada semua di dalam ucapannya.

Saya mengambil nasihat beliau ini untuk sama-sama menilai satu faktor yang saya nampak yang menyebabkan ramai audien tidak dapat menumpukan perhatian kepada majlis ucapan. Iaitu Kefahaman mereka tentang keperluan menghormati majlis ilmu. Jadi betulkan perkara yang memang sentiasa dilalui oleh seseorang ketika berada di sekolah iaitu belajar atau memberi ajar dan biasakan belajar dan memberi ajar dalam adab-adab yang betul yang telah digariskan dalam agama Islam.

18 Mei 2009

Parit Raja

Selamat Hari Guru

15 May

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

logohariguruq

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURUKU,DAN SEMUA GURU-GURU.

Jasa kalian semua  meletakkan pelajar-pelajar berada di mana mereka berada sekarang.

Semoga Allah Merahmati dan Membalas Jasa Kalian Semua.

Al-Fatihah buat Arwah Ustaz Ishak Ariffin – Guru Qawaid dan Nahu sewaktu saya di SMA Chenor.