Tag Archives: seminar

Seminar Pertama

26 Apr

Hari ini 25 April 2009, saya dan 3 orang rakan guru cemerlang – En. Zainal, Pn. Hayati dan Pn Izzatul, menghadiri Seminar Professionalisme Guru-Guru Cemerlang Negeri Johor. 2 tajuk diberikan oleh dua penceramah. Kedua-duanya memberikan input yang amat menarik untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan guru yang lain.

Seminar Johor


Penceramah pertama ialah Puan Hajjah Junaidi bt Santono, Pengetua Cemerlang Jusa C, daripada Sekolah Tun Fatimah Johor bahru membawakan tajuk “Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan”. Manakala Penceramah kedua ialah Tuan Haji Kassim bin Md. Noah, Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Negeri Johor yang membentangkan tajuk “Kepimpinan Guru Cemerlang”.

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” – Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang.

Amat berat tanggungjawab dan harapan yang diberikan kepada kami guru-guru cemerlang yang mencapai sehingga 603 orang  daripada lebih 73000 warga pendidik yang ada di negeri Johor ini. “Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan tugas ini”. Ameen.